Blogger Widgets

Tuesday 28 May 2013

Tanah

Suatu campuran air dan tanah kebun digoncang di dalam suatu bekas berbentuk silider yang tinggi dan kemudiannya dibiarkan selama beberapa minit. Gambar di bawah menunjukkan lapisan yang dapat dilihat.



1. tumbuhan dan haiwan yang mati
2. air
3. tanah liat
4. lumpur
5. pasir
6. batu kecil

Jenis-jenis Tanah

1. Tanah Kebun

 Tanah kebun berwarna hitam atau perang dan mengandungi lumpur, batu batan yang bersaiz sederhana besar, pasir, tanah liat serta tumbuhan dan haiwan yang mati.

2. Tanah Pasir

Tanah pasir berwarna kekunigan dan mengandungi batu batan bersaiz kecil dan besar.

3. Tanah liat

Tanah liat berwarna kelabu atau merah dan mengandungi cebisan batu batan yang halus.

Saturday 25 May 2013

Bahan yang Boleh Menyerap Air

Bahan yang boleh menyerap air digunakan untuk membuat pelbagai objek seperti yang ditunjukkan di dalam gambar.


Objek yang Menyerap Air dan Kalis Air


Objek yang Menyerap Air
Objek yang Kalis Air
1. Stokin
1. Butang plastic
2. Alas kaki
2. Duit syiling
3. Span
3. Guli
4. Kemeja T
4. Gelas
5. Surat khabar
5. Baju hujan
6. Sapu tangan
6. Paku

Friday 24 May 2013

Penyerapan

Di sekeliling kita, terdapat pelbagai jenis objek yang menyerap air seperti kertas tisu, span, kain dan baju. Objek yang tidak menyerap air digelar kalis air. Keupayaan menyerap air pada objek-objek adalah berbeza, ada bahan yang menyerap banyak air dan ada yang menyerap sedikit air sahaja.

Uji Kaji Penyerapan Air Pelbagai Objek

Empat objek yang dibuat daripada bahan-bahan yang berlainan, J, K, L dan M yang mempunyai saiz yang saiz, masing-masing dicelup ke dalam sebikar air.


Kandungan air yang tertinggal di dalam setiap bikar selepas objek-objek tersebut dikeluarkan ditunjukkan di bawah.



1. Kandungan air yang tertinggal di dalam bikar L yang paling banyak. Oleh itu, surat khabar yang menyerap paling sedikit air.

2. Kandungan air yang tertinggal di dalam bikar M paling sedikit. Oleh itu, span yang menyerap paling banyak air.

3. Susunan objek mengikut keupayaan menyerap air bermula dengan objek yang menyerap paling sedikit air ialah surat khabar, kertas tisu, tuala, span.